Monday, February 23, 2009

Sayonara Dubay....


Setelah 10 bulan mengharungi suka dan duka, sampailah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada Dubai, kita manusia hanya mampu merancang. Dalam kemelut ekonomi yang melanda dunia, perjalanan seterusnya belum begitu pasti. One Journey Dubai berhenti dulu di sini.

Friday, January 23, 2009

Interview


Setelah seminggu menjaja CV, akhirnya dapat 2 interview minggu depan. Satu di Abu Dhabi dan satu lagi di Doha. Nampaknya tiada rezeki di Dubai lagi setakat ini.....

Friday, January 16, 2009

Kalau Sudah Takdirnya Begitu.....

Hari Rabu baru ni seperti biasa keluar rumah pukul 6.30 pagi untuk pergi kerja selepas bersarapan di rumah. Cuaca terasa semakin sejuk akhir2 ni, agaknya dlm lingkungan 10 darjah Celcius, di tambah pula dengan hujan rintik2. Kebetulan ada satu teksi kosong melintas, maka aku 'decide' naik teksi jelah untuk ke Bank Street. Biasanya kalau menapak memakan masa 25 minit, naik teksi 5 minit je dah sampai. Bank street merupakan stop point 'company bus' ke tempat kerja di Dubai Silicon Oasis (DSO). Pukul 7.00 pagi bas sampai dan membawa kami ke DSO. Inilah rutin hari2, apakan daya lesen memandu belum dapat. Kadang2 bila terkenangkan masa di KL, senangnya hidup, masuk kereta, keluar kereta dah sampai pejabat, tapi aku dan isteri tidak pernah menyesal dengan keputusan yang kami buat. Perjalanan ke DSO memakan masa setengah jam.

Sampai pejabat pukul 7.30 pagi , keadaan masih lagi lengang. On komputer, buat kopi, check email antara perkara wajib dibuat pagi2. Kebelakangan ni kerja di pejabat agak berkurangan di sebabkan beberapa projek dibekukan kesan kemelesetan ekonomi di Dubai. Projek yang 'on' pun agak 'slow progress'. Cuma sekarang masih menunggu 6 projek baru RTA (Road Transport Authority) yang telah di bida. Pukul 10.00 pagi ada mesyuarat dengan Darren Z, Technical Manager berbincang pasal nak buat training software untuk mengisi masa terluang staff di pejabat.

Selepas lunch pukul 2.00 petang dapat satu email dari Head of Department, Russel M untuk adakan satu mesyuarat pada pukul 4.30 petang tetapi emailnya tu ditujukan kepada 'undisclose recipient'. Apa2 ajelah. Pukul 4.30 di dalam bilik meeting ada lebih kurang 20 lebih staff dari jabatan kami 'Infrastructure Deparment'. Juga ada HR director Mr. White. Hati berdetik...ada sesuatu akan berlaku. Pukul 4.40 Russel M masuk dengan muka yang ala2 monyok. Seperti di duga, Russel mengumumkan di sebabkan kesan kemelesetan ekonomi global, maka kami2 yang ada di dalam bilik tersebut adalah batch pertama yang akan menerima surat 'termination'. Dia yang tak dapat menahan sebak terus menangis sambil bercakap. Kami hanya mendengar dengan tenang, mungkin semuanya dah bersedia menghadapi situasi sebegini. Bagi aku, tak lah terkejut atau pun sedih sangat, dah biasa ...kerja datang dan pergi....cuma agak terkilan sikit bila pengumuman ini datang selepas sebulan Regional Director datang ke DSO mengatakan Atkins tak akan terjejas walaupun kemelut ekonomi melanda Dubai, apa motifnya....yang terkena tempiasnya adalah orang2 Asia.

Apa2 pun, aku terima dengan redha.....sudah takdirnya begitu, notis yang di bagi adalah dua bulan, maknanya ada dua bulan lagi .....samada cari kerja lain di Dubai dan kawasan yang sewaktu dengannya atau balik Malaysia for good.


Wednesday, January 7, 2009

Satu Petang di Creek ( Part 2 )

Dari bandar Bur Dubai (sebelah di mana kami tinggal) kami menyeberangi Creek menuju ke Bandar Deira dengan menaiki Abra buat kali pertama. Selepas itu berjalan kaki menyusuri creek menuju ke Naif Road yang terletak di bandar Deira memakan masa selama 15 minit. Naif Road kalau kat KL kira ala2 Jalan Masjid India ataupun Jalan TAR la, tapi dia punya 'crowd' dua tiga kali ganda lagi ramainya, nak berjalan pun payah. Majoriti adalah mereka yang datang dari benua India sampaikan kita rasa berada di Delhi atau Karachi. Inilah tempat melepak bagi golongan kelas bawahan, yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja2 buruh. Mereka ni tinggal di labour camp atau bedspace yang padat dan tidak selesa. Hari cuti sebegini di gunakan sepenuhnya untuk berjalan2 atau berjumpa kawan2. Tempat tinggal hanyalah untuk tidur sahaja


Suasana petang minggu di Naif Road

Bagi orang Malaysia Naif Road ni memang popular dengan kedai2 kain, yang paling popular adalah kedai Phulwani seperti yang pernah diceritakan dalam entri terdahulu. Masuk je dalam Phulwani, macam biasalah terdengar dialog bahasa Malaysia antara jurujual dengan pelanggan, rasa macam kat KL pulak. Memang Phulwani tak pernah putus dari pelanggan2 Malaysia, menurut jurujualnya 90% pelanggan mereka adalah dari Malaysia, sebab tulah mereka belajar bahasa Malaysia. Kebetulan kami kenal salah seorang pelanggan tersebut, pernah jumpa di Malaysian gathering semasa kami baru sampai Dubai dulu. Kami membeli beberapa helai kain untuk dijadikan buah tangan bila pulang ke Malaysia nanti.

Selepas solat maghrib di masjid berdekatan, kami pun berjalan pulang menuju semula ke Creek, walaupun terdapat bas dan teksi untuk pulang, kami memilih untuk menaiki abra lagi. Hari sudah pun gelap walaupun jam menunjukkan pukul 6.00 petang ( musim winter ni pukul 5.30 petang dah maghrib). Suasana malam di Creek memang meriah, terdapat banyak restoran terapung atas kapal (Dhow cruise) . Boleh cruising sambil menikmati makan malam, mungkin kami akan cuba suatu hari nanti.....




Dhow Cruise Creek

*Kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera handphone Nokia E66.