Friday, January 23, 2009

Interview


Setelah seminggu menjaja CV, akhirnya dapat 2 interview minggu depan. Satu di Abu Dhabi dan satu lagi di Doha. Nampaknya tiada rezeki di Dubai lagi setakat ini.....

Friday, January 16, 2009

Kalau Sudah Takdirnya Begitu.....

Hari Rabu baru ni seperti biasa keluar rumah pukul 6.30 pagi untuk pergi kerja selepas bersarapan di rumah. Cuaca terasa semakin sejuk akhir2 ni, agaknya dlm lingkungan 10 darjah Celcius, di tambah pula dengan hujan rintik2. Kebetulan ada satu teksi kosong melintas, maka aku 'decide' naik teksi jelah untuk ke Bank Street. Biasanya kalau menapak memakan masa 25 minit, naik teksi 5 minit je dah sampai. Bank street merupakan stop point 'company bus' ke tempat kerja di Dubai Silicon Oasis (DSO). Pukul 7.00 pagi bas sampai dan membawa kami ke DSO. Inilah rutin hari2, apakan daya lesen memandu belum dapat. Kadang2 bila terkenangkan masa di KL, senangnya hidup, masuk kereta, keluar kereta dah sampai pejabat, tapi aku dan isteri tidak pernah menyesal dengan keputusan yang kami buat. Perjalanan ke DSO memakan masa setengah jam.

Sampai pejabat pukul 7.30 pagi , keadaan masih lagi lengang. On komputer, buat kopi, check email antara perkara wajib dibuat pagi2. Kebelakangan ni kerja di pejabat agak berkurangan di sebabkan beberapa projek dibekukan kesan kemelesetan ekonomi di Dubai. Projek yang 'on' pun agak 'slow progress'. Cuma sekarang masih menunggu 6 projek baru RTA (Road Transport Authority) yang telah di bida. Pukul 10.00 pagi ada mesyuarat dengan Darren Z, Technical Manager berbincang pasal nak buat training software untuk mengisi masa terluang staff di pejabat.

Selepas lunch pukul 2.00 petang dapat satu email dari Head of Department, Russel M untuk adakan satu mesyuarat pada pukul 4.30 petang tetapi emailnya tu ditujukan kepada 'undisclose recipient'. Apa2 ajelah. Pukul 4.30 di dalam bilik meeting ada lebih kurang 20 lebih staff dari jabatan kami 'Infrastructure Deparment'. Juga ada HR director Mr. White. Hati berdetik...ada sesuatu akan berlaku. Pukul 4.40 Russel M masuk dengan muka yang ala2 monyok. Seperti di duga, Russel mengumumkan di sebabkan kesan kemelesetan ekonomi global, maka kami2 yang ada di dalam bilik tersebut adalah batch pertama yang akan menerima surat 'termination'. Dia yang tak dapat menahan sebak terus menangis sambil bercakap. Kami hanya mendengar dengan tenang, mungkin semuanya dah bersedia menghadapi situasi sebegini. Bagi aku, tak lah terkejut atau pun sedih sangat, dah biasa ...kerja datang dan pergi....cuma agak terkilan sikit bila pengumuman ini datang selepas sebulan Regional Director datang ke DSO mengatakan Atkins tak akan terjejas walaupun kemelut ekonomi melanda Dubai, apa motifnya....yang terkena tempiasnya adalah orang2 Asia.

Apa2 pun, aku terima dengan redha.....sudah takdirnya begitu, notis yang di bagi adalah dua bulan, maknanya ada dua bulan lagi .....samada cari kerja lain di Dubai dan kawasan yang sewaktu dengannya atau balik Malaysia for good.


Wednesday, January 7, 2009

Satu Petang di Creek ( Part 2 )

Dari bandar Bur Dubai (sebelah di mana kami tinggal) kami menyeberangi Creek menuju ke Bandar Deira dengan menaiki Abra buat kali pertama. Selepas itu berjalan kaki menyusuri creek menuju ke Naif Road yang terletak di bandar Deira memakan masa selama 15 minit. Naif Road kalau kat KL kira ala2 Jalan Masjid India ataupun Jalan TAR la, tapi dia punya 'crowd' dua tiga kali ganda lagi ramainya, nak berjalan pun payah. Majoriti adalah mereka yang datang dari benua India sampaikan kita rasa berada di Delhi atau Karachi. Inilah tempat melepak bagi golongan kelas bawahan, yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja2 buruh. Mereka ni tinggal di labour camp atau bedspace yang padat dan tidak selesa. Hari cuti sebegini di gunakan sepenuhnya untuk berjalan2 atau berjumpa kawan2. Tempat tinggal hanyalah untuk tidur sahaja


Suasana petang minggu di Naif Road

Bagi orang Malaysia Naif Road ni memang popular dengan kedai2 kain, yang paling popular adalah kedai Phulwani seperti yang pernah diceritakan dalam entri terdahulu. Masuk je dalam Phulwani, macam biasalah terdengar dialog bahasa Malaysia antara jurujual dengan pelanggan, rasa macam kat KL pulak. Memang Phulwani tak pernah putus dari pelanggan2 Malaysia, menurut jurujualnya 90% pelanggan mereka adalah dari Malaysia, sebab tulah mereka belajar bahasa Malaysia. Kebetulan kami kenal salah seorang pelanggan tersebut, pernah jumpa di Malaysian gathering semasa kami baru sampai Dubai dulu. Kami membeli beberapa helai kain untuk dijadikan buah tangan bila pulang ke Malaysia nanti.

Selepas solat maghrib di masjid berdekatan, kami pun berjalan pulang menuju semula ke Creek, walaupun terdapat bas dan teksi untuk pulang, kami memilih untuk menaiki abra lagi. Hari sudah pun gelap walaupun jam menunjukkan pukul 6.00 petang ( musim winter ni pukul 5.30 petang dah maghrib). Suasana malam di Creek memang meriah, terdapat banyak restoran terapung atas kapal (Dhow cruise) . Boleh cruising sambil menikmati makan malam, mungkin kami akan cuba suatu hari nanti.....




Dhow Cruise Creek

*Kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera handphone Nokia E66.

Balada Seorang Gadis Kecil

Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali


Gadis Kecil Itu Telah Bertahun
Dicengkam Derita
Di Khemah Pelarian
Yang Menjanjikan Duka Cita

Munir Tak Mengenal Erti Cinta
Telah Kering Airmata
Menangisi Kematian
Ayah Bonda Dan Saudara

Pada Suatu Senja
Langit Syatila
Menyaksikan Pembunuhan
Anak Kecil Dan Wanita

Munir Ditembak
Penuh Luka
Tapi Ajalnya Belum Tiba
Kerna Tuhan Mengasihi Dia

Peristiwa Hitam 17 September
Telah Menjadi Bukti
Sempurnalah Kekejaman
Suatu Bangsa Yang Sombong Dan Hina

Berapa Banyak Lagi
Gadis Kecil Tak Berdosa
Akan Menjadi Mangsa
Kekejaman Manusia

Berapa Abad Lagi
Gadis Kecil Seperti Munir
Akan Menjadi Korban
Peperangan

- Israel mengganas lagi di awal 2009, menuntut nyawa insan yang tak berdosa.....


Thursday, January 1, 2009

Sampai Bila?


****
Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.

Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-Apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? Adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuari nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil habuan politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini kerana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-Kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka untuk ke Gaza ?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara-negara Islam, terutamanya Malaysia boleh menarik kesemua pelajar-pelajar mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. Apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwan do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis suntiyang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!

4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu-ribu orang masih tercedera. Bantuan kemanusiaan pula di sekat untuk di bawa masuk ? Apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemuapelajar-pelajarMuslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka,sudah tentu hal ini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa-apa dengan serangan terbaru Israel ini ? Apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?

Apakah yang diharapkan dari Obama?, Bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi-polisiluar AS berkaitan Israel.


6-Setakat ini , dengan kematian beratus-ratus orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?

HAMAS seperti juga fraksi-fraksi perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.

7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. Adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?

Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.


8- Apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentang serangan terbaru rejim Zionis ini ?

Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap-tiaphari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agakluar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemosehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat antarabangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat-negara-negara Eropah agar mempengaruhi wakil-wakil mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak-kanak di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat antarabangsa telah dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ini untuk membela nasib wanita dan kanak-kanak di Gaza.

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak-kanak perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara-negara Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

(Taken from a forwarded email)
***

A dog is worth more than a Palestinian child

by Mishal Kanoo

Does the title shock you? Good! Because it should. It is a sad statement on the lives of the poor Palestinians in Gaza whose lives have been shattered since 1948. This huge prison that is Gaza, had been so-called liberated in 2005. Yet would you like to live there?

more




***