Sempena Lebaran yg bakal muncul beberapa hari lagi..di sini kami mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf tulus dari hati di atas segala kesilapan kami samada secara sedar atau tidak.....adalah kami insan biasa sering saja membuat khilaf.
Kepada keluarga di Kuala Terengganu, tahun ini kami tidak dapat pulang berhariraya di kampung, tetapi insha'allah, pada tahun2 akan datang kami tidak akan ketinggalan untuk pulang beraya.
Selamat hari raya Aidil fitri Maaf zahir dan batin....
Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid from Malaysia is felicitated after being adjudged the winnerof the Quran recitation contest at the Dubai International Holy Quran Award.
Dubai: The young Malaysian participant who was eventually declared the winner of the recitation event at the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) event had the jam-packed audience in a thrall.
The contest began at midnight on Thursday after the conclusion of programmes associated with the event. The prizes will be announced on Saturday at 9.30pm in the presence of His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, at the Cultural and Scientific Association.
There were seven participants in all who vied for the top three prizes. A Turkish contestant and a Kuwaiti participant were adjudged second and third respectively in the recitation event.
Showcasing talent
Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid's performance moved some members of the audience to tears.
His recitation of verses from Surat Ar-Rahman (The Beneficent, The Mercy Giving) of the Quran during the stage of the competition when each participant was given seven minutes to showcase his talent went down especially well with those assembled.
The other contestants in the fray were from Yemen, Mauritania, Libya, and Somalia.
Speaking to Gulf News, other participants at the event recalled how they had pursued their Quran studies. Senoussi Daoud from Chad said he had memorised the Quran along with his three siblings in a Khalwa, a traditional mosque school in Africa.
The 20-year-old is a high school student at a public school that imparts the Saudi curriculum.
"Memorising the Quran is part of one's cultural upbringing in Chad. Most people in my hometown memorise the Quran," said Daoud.
Solidarity
He told Gulf News the Khalwa also served as key centres of education for those wanting to learn the Arabic language.
"Everyone in the Khalwa shares equally what is available. The values and the experiences of the Khalwa help to forge a solidarity among its members which lasts for a lifetime," said Senoussi.
Ahmedou Salem Taleb, a 21-year-old participant from Mauritania, said students used a lawlah, a small wooden tablet, to take notes while memorising the Quran back in his home country and generally across North Africa.
Students would then repeat what they memorised around 300 times-using the Misbah (counting beads), he said.
In my earlier post i did mention about my moving from Mouchel to Atkins. So 16th September 2008 is the day. September 16 is also Malaysia Day and the Armed Forces of Malaysia Day. To our fellow Malaysian, September 16 is a date that many is excited about, transition of power. New government today?? Hehe...
Keluar rumah seawal 7.00 am, I reached at Silicon Oasis about 7.30 am,actually i am suppose to be there earlier, but the taxi driver wasn't familiar with the route, two three times turned around the same road, lucky the taxi driver willing to stop the meter run at AED 55.
Office hours started at 8.00 am. First day was too busy with all sort of forms to fill in...personal details form, visa form, insurance form, etc2. Macam sebelum2 ni jugaklah I got my new PC, email address, stationaries, calculator etc2.
My day in the office was over by 3.15 pm during Ramadhan
Semalam parcel yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Parcel ini datangnya dari Terengganu. Di dalamnya terdapat barang2 masakan dan rempah ratus Malaysia.........lepas ni bolehlah masak kurma ke.... kerutup ke.....kari pun bukan kari ala India lagilah......hehehe
Rempah Ratus Malaysia
Barang-Barang Kering
Perencah
p/s: Terimakasih daun keladi kepada orang Durian Burung (Kak Nah sekeluarga) kerana bersusah payah menghantar barang-barang tersebut.
Dah masuk minggu kedua puasa, inilah antara menu berbuka (orang Dubai panggil iftar) di Regency. Layan..........
Minuman
Tak lupa satu-satunya makanan yang dibeli di pasar Al Karama iaitu mini murtabak dan samosa (kurang menepati citarasa kerana terlalu kuat rasa karinya)
Inilah Masjid Al Raffa tempat kami menunaikan solat Terawih. Begitu indah tersergam dengan lampu di malam hari. Jaraknya tidak sampai 3 minit perjalanan dari apartment kami. Seperti kebanyakan masjid di Malaysia, masjid ini pun menyediakan juadah berbuka puasa ( Nasi Beriyani).
Malam ini dah masuk malam ke 12 kita berpuasa dan berterawih. Pelbagai bangsa menunaikan solat terawih di sini, ada bangsa arab dari berbagai negara (Yaman, Morocco, Oman, Qatar etc) India, Pakistan, Bangla, Afrika etc, jadi bermacam fesyen pakaian dan ragam yang boleh dilihat. Ada jugak segelintir orang kita yang dapat dikenali melalui pemakaian baju melayu bagi lelaki dan telekung putih bagi wanita. Semua masjid di Dubai ni ada aircond, jadi takde masaalah berpeluh kepanasan. Terawih kat sini dibuat 20 rakaat dan 3 rakat witir, tiada selawat dan bacaan doa. Habis 8 rakaat tinggal 1/3 jemaah, tidak banyak bezanya dengan di Malaysia. Moreh pun tiada di sini, yang ada hanyalah air mineral dan kurma yang di sediakan.
Di masjid ni jugak terdapat grocery Al Madina, yang menjual barang2 keperluan, jadi boleh la singgah selepas Terawih.
Jangan tak tahu kat Dubai pun ada bazar Ramadan.The first bazar Ramadan was received an overwhelming response from Malaysian in Dubai last Friday 5th September 2008.
Report from Bernama: Picture from Saudara Rusdi:
Warga Malaysia di UAE lepas rindu di bazar Ramadan 06-09-2008 01:00:39 PM
SEKUMPULAN warga Malaysia kelihatan begitu ceria ketika melangkah keluar dari perkarangan sebuah villa di pinggir bandar raya ini semalam, sambil tangan masing-masing menjinjing beberapa beg plastik.
Senyuman yang terukir di wajah mereka menggambarkan kegembiraan masing-masing kerana berpeluang merasai sedikit sebanyak suasana bulan puasa di tanah air, semasa mengunjungi sebuah bazar Ramadan yng diadakan di sini.
Warga Malaysia yang telah lama bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berkata inilah julung kalinya bazar seperti itu dianjurkan oleh rakyat Malaysia di sini sempena Ramadan yang bermula Isnin lepas di kebanyakan negara Teluk.
Villa berkenaan adalah kediaman Konsul Besar Malaysia di Dubai Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin, yang bermurah hati memberi keizinan kepada warga Malaysia menganjurkan bazar itu pada setiap Jumaat sempena Ramadan, walaupun beliau sekeluarga baru saja berpindah ke situ kira-kira sebulan lepas.
Kotak berisi pelbagai barangan, kelihatan masih tersusun dan belum dibuka di villa itu.
Sebanyak 14 gerai, yang hanya berupa meja plastik, dibuka di perkarangan villa itu bagi menjual pelbagai makanan Malaysia seperti nasi kerabu, nasi dagang, ikan bakar bersama air asam, masak lemak telur dan asam pedas.
Suasana meriah yang disertai aroma kelazatan pelbagai masakan, memenuhi perkarangan villa berkenaan apabila rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, termasuk yang bukan Islam serta warga asing, tidak melepaskan peluang untuk membeli makanan yang memikat selera masing-masing.
Walaupun bazar yang bermula pada 4 petang itu sepatutnya berakhir dua jam kemudian, tetapi peniaganya berpeluang berehat lebih awal kerana semua makanan habis dijual pada 5 petang.
"Saya gembira melihat masyarakat Malaysia berjaya menganjurkan bazar Ramadan di sini," kata Mohamad Hasrin, sambil melahirkan kegembiraannya kerana bazar itu menarik kehadiran lebih kurang 500 pengunjung.
Ariffin Mamat, antara warga Malaysia yang membantu menganjurkan bazar itu bersama anggota myUAEPRO sebuah persatuan di UAE yang dianggotai golongan profesional dari Malaysia memberitahu Bernama bahawa tujuan utama bazar itu dianjurkan ialah bagi mewujudkan suasana bulan puasa di Malaysia di sini.
"Kami harap ini sedikit sebanyak dapat mengubat rindu, terutama pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini," katanya.
Ariffin berkata maklum balas menunjukkan ramai lagi warga Malaysia yang berminat mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang masakan dan menjualnya pada bazar minggu depan.
Beliau memuji kesediaan Mohamad Hasrin menyokong kegiatan yang dianjurkan warga Malaysia di negara Teluk ini.
"Beliau memang banyak membantu dan kesudian beliau membenarkan kami mengadakan bazar Ramadan di kediamannya, memudahkan rakyat Malaysia berinteraksi dengan Konsul Besar ini," kata Arifin.
Mohammed Zahed Abdullah, jurutera penyiaran yang telah bermastautin di UAE sejak 12 tahun lepas pula berkata beliau amat gembira apabila melihat usaha dilakukan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia di perantauan, menikmati suasana Ramadan seperti yang terdapat di tanah air mereka.
"Daripada apa yang saya lihat hari ini, semangat muhibbah begitu terserlah dalam kalangan pelbagai kaum," katanya kepada Bernama sambil sibuk membantu isterinya Nora Hashim di gerai mereka yang menjual gulai ketam masak lemak cili api, kari ayam dan sayur bendi goreng bercili.
Nora pula berkata dia sungguh gembira kerana berpeluang memanfaatkan kebolehannya dalam bidang masakan untuk disajikan kepada pelanggan.
Ditanya berapakah hasil jualan mereka pada hari berkenaan, Zahed tersenyum sambil berkata: "Itu tak kesah sangat kerana ini dibuat kerana suka-suka saja."
Seorang warga Malaysia yang tidak bernasib baik kerana terpaksa pulang dengan tangan kosong berkata dia akan datang lebih awal minggu depan.
"Saya akan datang sejam sebelum bazar ini dibuka, InsyaAllah," katanya, sambil disambut dengan ketawa oleh isterinya. Barangkali, sementara menunggu kedatangan bazar Ramadan minggu depan, Mohamad Hasrin bolehlah membuka kotak yang masih tersusun di villa itu. BERNAMA