Sunday, December 28, 2008

Satu Petang di Creek


Petang semalam sempat berjalan2 mennyusuri Dubai creek sambil menghirup udara sejuk musim winter. Dubai Creek memisahkan bandar Bur Dubai dan bandar Deira,yang dikenali sebagai old Dubai. Kelihatan terdapat bot2 nelayan di sepanjang Creek. Kita dapat menyeberangi dari Bur Dubai ke Deira dengan menaiki Abrar (kalau kat kg.dikenali sbg. bot penambang) yang mengenakan bayaran satu dirham untuk satu perjalanan. Masa perjalanan adalah lebih kurang 5-10 minit sahaja kerana jaraknya yang tak berapa jauh pun. Kita juga boleh bersiar2 di Creek dengan menaiki water bus yang lebih moden dengan bayaran 4 dirham untuk satu perjalanan.





Abrar Dubai

Dalam menuju arus permodenan, Dubai creek juga tidak terlepas dari pembangunan. Beberapa projek baru seperti The Lagoons yang terdiri dari 7 pulau, serta Business Bay melibatkan pemanjangan pembangunan dari Bur Dubai ke Teluk Gulf sedang dalam perancangan tetapi tak pasti samada ianya di teruskan dalam masa terdekat ini, disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda Dubai sekarang.



Water Bus

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H kepada semua muslimin dan muslimat.


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.



Thursday, December 25, 2008

ASB

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ULASAN UZAR (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Sumber : www.zaharuddin.net












Thursday, December 11, 2008

Masih Di Sini...


Hujan di Dubai setelah berbulan2 kering kontang (tiada kaitan dengan entri)

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan ke 8 dah kat Dubai ni. Rindu pada tanahair bagaikan tak terbendung lagi. Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Mac ni untuk pulang bercuti.

Di tengah kesejukan Dubai yang mula memasuki musim sejuknya, masih terdengar lagi cerita2 sedih kisah pemberhentian kerja. Semalam dapat panggilan telefon dari seorang kawan warga India yang sama2 bekerja di Waterfront, 3 bulan lepas. Ceritanya semua semua staf Mouchel Waterfront Design Office yang dalam congakan saya hampir 100 orang, telah menerima notis 1 bulan untuk ditamatkan kontrak masing2 disebabkan Projek Dubai Waterfront dibekukan buat masa ini. Tiada sebarang bayaran pampasan. Sungguh drastik, saya dapat bayangkan betapa sukarnya menghadapi situasi sebegini terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga, ada yang baru bayar kontrak rumah setengah tahun, ada yang baru bawak keluarga dan membayar yuran persekolahan anak di sini, ada yang baru bawak kontena barang2 dari negara asal untuk pindah di sini dan macam2 lagilah. Kawan tadi termasuk antara pekerja2 yang diberhentikan. Beliau bertanyakan kalau ada lubang2 kerja ditempat saya atau mana2 di UAE ni sebab beliau amat risau kerana isteri dan anaknya baru saja datang ke Dubai 2 bulan lepas untuk tinggal bersama2 di sini....saya amat kesian kepada beliau dan rakan2 lain, tapi saya sendiri tidak dapat berbuat apa2.

Walaupun syarikat kami masih stabil, tapi pihak pentadbiran telah memaklumkan tidak ada pengambilan pekerja baru buat masa ini, ia adalah langkah berjaga2 berikutan krisis ekonomi dunia sekarang. Apa yang dapat saya tolong hanyalah bertanyakan pada kawan2 yang masih ok di sini, kot2 ada kekosongan di syarikat mereka. Terdetik di fikiran, di sebalik keputusan saya untuk meletak jawatan baru2 ini walaupun baru 3 bulan di Waterfront, ini yang berlaku. Kalau tidak saya juga termasuk di antara mereka yang diberhentikan. Nampaknya Allah SWT telah tentukan yang rezeki saya masih lagi di Dubai, dapat jugak kami merasa winter Dubai.

Projek Dubai Waterfront - antara projek besar yang dibekukan kesan kemelesatan ekonomi


Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarbangsa yang mengorbankan 4 nyawa, memang mengejutkan. Tapi rasanya ini bukanlah cerita baru, ianya cuma episod baru sebuah cerita lama. Masih segar lagi dalam ingatan peristiwa tumbangnya Highland Towers yang jaraknya tak berapa jauh dari Bukit Antarabangsa. Banglo mewah ranap serta merta, soal kehilangan harta benda tak perlu ceritalah, kerana penduduk yang terlibat terdiri dari mereka yang bukan calang2 orang. Pelbagai andaian boleh dibuat.....pergerakan tanah, kawasan tadahan hujan, musim tengkujuh.....tapi pada hakikatnya Allah SWT memberikan peringatan kepada hambanya....itu jawapan yang paling tepat. Cerita2 yang tak sedap didengar, macam ada layanan 'double standard' di antara mangsa di Bukit Antarabangsa dan mangsa2 bencana alam lain, cth mangsa Tsunami atau mangsa banjir di Pantai Timur.....agaknya kerana mereka di Bukit Antarabangsa ini golangan2 atasan dan VIP....








Bahang Pilihanraya Mula Terasa

Terengganu bakal terima RM400 juta

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

"Walaupun harga minyak mentah telah menurun namun kerajaan negeri bakal menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 yang dihadiri kira-kira 3,000 mahasiswa di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online


Rasa2nya lah kalau takde pilihanraya kecil 17 Januari ni, duit RM400 juta royalti minyak ni, akan dibayar atau tidak kepada kerajaan negeri Terengganu.....???

Friday, December 5, 2008

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua yang mengenali kami

Karnival Bola Asean Dubai

Dubai, UAE Kejohanan bolasepak 5 sebelah anjuran bersama SMG dan myUAE PRO edisi kedua yang menampilkan penyertaan terbesar kali ini menyaksikan beberapa pasukan Malaysia beraksi cemerlang.

Dengan 14 pasukan Malaysia yang mengambil bahagian, kesemua kategori menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri dalam tiga pasukan terbaik.

Pasukan MCO (Malaysian Counsel General Office) menjuarai kategori Bowl (Liga Dua), menewaskan satu lagi pasukan Malaysia, IJM B dalam perlawanan akhir.

Dalam kategori Plate (Liga Satu), LCL menduduki tempat ketiga, d belakang dua pasukan Indonesia (Indonesia A dan D).

Emirates United mengekalkan kejuaraan mereka apabila menewaskan sebuah lagi pasukan Emirates (Emirates Sercurities) dalam perlawanan akhir kategori Premier (Liga Perdana). Pasukan Malaysia, KAB berjaya menduduki tempat ketiga.

myUAE-PRO A pula menundukkan Hitachi Singapura bagi merangkul tempat ketiga kategori Veteran. Singapura SMG menjuarai kategori ini.

Kategori bawah 12 tahun pula, Malaysia A meraih tempat ketiga. Cambridge International menewaskan Singapore Cubs untuk bergelar juara kategori bawah 12




Malaysia yang menjuarai kategori Captain's Ball (Wanita) tahun lalu bagaimanapun bergelar naib juara pada edisi tahun ini. Singapura merampas kejuaraan kali ini.



Jurucakap jawatankuasa penganjur berkata edisi tahun ini menyaksikan penyertaan dari pelbagai warganegara dengan mengambil semangat Dubai yang menjadi "tuan rumah" kepada lebih dari 165 warga dunia. Tahun ini juga menyaksikan sedikit kelainan dengan menyediakan tapak gerai dan cabutan bertuah bagi menambah suasana acara buat seisi keluarga.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap pihak yang menjayakan edisi kedua kejohanan - pihak penaja, pasukan yang bertanding, penyokong, sukarelawan, pejabat Konsul Besar Malaysia dan Singapura, tak ketinggalan ahli dan exco myUAE PRO dan SMG.

Cg Konsul Besar Malaysia, Syed Mohd Hasrin (gambar sebelah) dan Konsul Besar Singapura, Dilip Nair turut hadir bagi memeriahkan kejohanan tahunan yang berlansung di kelab bolasepak Dubai, Al Ahli.

Di petik daripada MyUAEPro Times

Monday, December 1, 2008

Gawat Di Teluk - Ujian dari Allah SWT


Krisis kewangan di Dubai makin meruncing dari hari ke hari. Semalam saya dapat tahu hampir 1000 orang expatriat di Dubai telah mendapat notis perberhentian kerja, dan antaranya 30 orang kawan2 Malaysian yang sama2 mencari rezeki di sini disebabkan banyak projek2 yang telah tertangguh dan dibekukan. Kebanyakan mereka dari syarikat2 pembangunan hartanah yang amat gah sebelum ini.


Palm Jumeirah


The World

Dua hari lepas, company developer terbesar di dunia, iaitu Nakheel, tuan punya pulau2 buatan manusia berbentuk pokok palma yang terdiri dari palm Diera, palm Jumierah ,palm Jebel Ali serta Kepulauan The World, telah memberhentikan 500 orang pekerja mereka. Semua pekerja terkejut dan menangis...ada juga yang kena heart attack dan terus pengsan. Cerita lanjut di sini dan di sini. Mungkin mereka semua tak pernah membayangkan kehidupan yang serba mewah di Dubai sebelum ini akan berakhir sekelip mata. Developer2 besar lain seperti Damac dan Omniyat juga telah memberhentikan pekerja mereka berikutan banyak projek yang bertitle 'hold'. Dengar2 juga sebuah syarikat perunding senibina dari Malaysia telah mula memberhentikan pekerja2 nya seramai 50 orang.

Dengan keadaan kos sara hidup yang amat tinggi di Dubai ni, memang boleh sakit jantung, kalau tiba2 dapat notis perberhentian kerja...bayangkan macam mana nak bayar kereta, makan minum, sekolah anak2 dan perbelanjaan harian....semua ni mencecah puluhan ribu tiap2 bulan.... Kereta yang dibeli tidak boleh dijual sehingga hutang bank langsai......tuan punya kereta harus menggunakan duit simpanan untuk melangsaikan hutang bank dan barulah kereta itu boleh ditukar nama......jika pekerja2 yang diberhentikan ingin pulang ke negara asal mereka, hutang bank perlu dijelaskan....kalau tidak residen visa tak boleh di batalkan...

Di sebalik kisah perberhentian kerja, minggu lepas telah diadakan pembukaan besar besaran hotel Atlantis di palm Jumierah. Atlantis merupakan hotel termewah di dunia...ramai bintang2 Hollywood yang di undang untuk menjayakannya...antaranya Oprah dan Kylie Minogue . Mereka ini telah dibayar untuk datang ke Dubai dan melambai-lambai tangan kepada peminat....khabarnya parti untuk pembukaan Atlantis sahaja menelan belanja USD 20 million. Dalam keadaan ekonomi merudum pun pak-pak Arab ni masih boleh berpesta dengan pembaziran dollar serta sikap yang mengagung-agungkan mat salleh. Yang jadi mangsa adalah expatriat2 dari negara Asia terutamanya Filifina dan India yang menyara keluarga di negara masing2 dari hasil titik peluh bekerja di Dubai.








Atlantis Grand opening Video

Syarikat tempat saya bekerja tidak menunjukkan sebarang masalah buat masa ni, dari laporan kewangan syarikat keuntungan setengah tahun sehingga September 2008 telah meninggat 20% dari tahun lepas. 80% keuntungan datang dari projek Timur Tengah. Tapi itu semua bukan jaminan kepada kami sebab mengikut penganalisis ekonomi, krisis ini akan bertambah teruk menjelang tahun depan. Apa pun semua terserah pada rezeki masing2 dan segala yang berlaku ada hikmahnya....setelah sekian lama kita diberi nikmat sampai masanya tuhan ingin menguji kita. Kepada rakan2 yang diberhentikan kerja, ingatlah ujian tuhan datang dalam pelbagai bentuk dan kita sebagai hambanya harus sabar serta jangan putus asa...Insha Allah semuanya akan kembali seperti sediakala.