Sunday, December 28, 2008

Satu Petang di Creek


Petang semalam sempat berjalan2 mennyusuri Dubai creek sambil menghirup udara sejuk musim winter. Dubai Creek memisahkan bandar Bur Dubai dan bandar Deira,yang dikenali sebagai old Dubai. Kelihatan terdapat bot2 nelayan di sepanjang Creek. Kita dapat menyeberangi dari Bur Dubai ke Deira dengan menaiki Abrar (kalau kat kg.dikenali sbg. bot penambang) yang mengenakan bayaran satu dirham untuk satu perjalanan. Masa perjalanan adalah lebih kurang 5-10 minit sahaja kerana jaraknya yang tak berapa jauh pun. Kita juga boleh bersiar2 di Creek dengan menaiki water bus yang lebih moden dengan bayaran 4 dirham untuk satu perjalanan.





Abrar Dubai

Dalam menuju arus permodenan, Dubai creek juga tidak terlepas dari pembangunan. Beberapa projek baru seperti The Lagoons yang terdiri dari 7 pulau, serta Business Bay melibatkan pemanjangan pembangunan dari Bur Dubai ke Teluk Gulf sedang dalam perancangan tetapi tak pasti samada ianya di teruskan dalam masa terdekat ini, disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda Dubai sekarang.



Water Bus

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H kepada semua muslimin dan muslimat.


Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.



Thursday, December 25, 2008

ASB

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ULASAN UZAR (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untuk membuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Sumber : www.zaharuddin.net












Thursday, December 11, 2008

Masih Di Sini...


Hujan di Dubai setelah berbulan2 kering kontang (tiada kaitan dengan entri)

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan ke 8 dah kat Dubai ni. Rindu pada tanahair bagaikan tak terbendung lagi. Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Mac ni untuk pulang bercuti.

Di tengah kesejukan Dubai yang mula memasuki musim sejuknya, masih terdengar lagi cerita2 sedih kisah pemberhentian kerja. Semalam dapat panggilan telefon dari seorang kawan warga India yang sama2 bekerja di Waterfront, 3 bulan lepas. Ceritanya semua semua staf Mouchel Waterfront Design Office yang dalam congakan saya hampir 100 orang, telah menerima notis 1 bulan untuk ditamatkan kontrak masing2 disebabkan Projek Dubai Waterfront dibekukan buat masa ini. Tiada sebarang bayaran pampasan. Sungguh drastik, saya dapat bayangkan betapa sukarnya menghadapi situasi sebegini terutama bagi mereka yang mempunyai keluarga, ada yang baru bayar kontrak rumah setengah tahun, ada yang baru bawak keluarga dan membayar yuran persekolahan anak di sini, ada yang baru bawak kontena barang2 dari negara asal untuk pindah di sini dan macam2 lagilah. Kawan tadi termasuk antara pekerja2 yang diberhentikan. Beliau bertanyakan kalau ada lubang2 kerja ditempat saya atau mana2 di UAE ni sebab beliau amat risau kerana isteri dan anaknya baru saja datang ke Dubai 2 bulan lepas untuk tinggal bersama2 di sini....saya amat kesian kepada beliau dan rakan2 lain, tapi saya sendiri tidak dapat berbuat apa2.

Walaupun syarikat kami masih stabil, tapi pihak pentadbiran telah memaklumkan tidak ada pengambilan pekerja baru buat masa ini, ia adalah langkah berjaga2 berikutan krisis ekonomi dunia sekarang. Apa yang dapat saya tolong hanyalah bertanyakan pada kawan2 yang masih ok di sini, kot2 ada kekosongan di syarikat mereka. Terdetik di fikiran, di sebalik keputusan saya untuk meletak jawatan baru2 ini walaupun baru 3 bulan di Waterfront, ini yang berlaku. Kalau tidak saya juga termasuk di antara mereka yang diberhentikan. Nampaknya Allah SWT telah tentukan yang rezeki saya masih lagi di Dubai, dapat jugak kami merasa winter Dubai.

Projek Dubai Waterfront - antara projek besar yang dibekukan kesan kemelesatan ekonomi


Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarbangsa yang mengorbankan 4 nyawa, memang mengejutkan. Tapi rasanya ini bukanlah cerita baru, ianya cuma episod baru sebuah cerita lama. Masih segar lagi dalam ingatan peristiwa tumbangnya Highland Towers yang jaraknya tak berapa jauh dari Bukit Antarabangsa. Banglo mewah ranap serta merta, soal kehilangan harta benda tak perlu ceritalah, kerana penduduk yang terlibat terdiri dari mereka yang bukan calang2 orang. Pelbagai andaian boleh dibuat.....pergerakan tanah, kawasan tadahan hujan, musim tengkujuh.....tapi pada hakikatnya Allah SWT memberikan peringatan kepada hambanya....itu jawapan yang paling tepat. Cerita2 yang tak sedap didengar, macam ada layanan 'double standard' di antara mangsa di Bukit Antarabangsa dan mangsa2 bencana alam lain, cth mangsa Tsunami atau mangsa banjir di Pantai Timur.....agaknya kerana mereka di Bukit Antarabangsa ini golangan2 atasan dan VIP....








Bahang Pilihanraya Mula Terasa

Terengganu bakal terima RM400 juta

KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

"Walaupun harga minyak mentah telah menurun namun kerajaan negeri bakal menerima royalti minyak daripada kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Himpunan Mahasiswa Terengganu 2008 yang dihadiri kira-kira 3,000 mahasiswa di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online


Rasa2nya lah kalau takde pilihanraya kecil 17 Januari ni, duit RM400 juta royalti minyak ni, akan dibayar atau tidak kepada kerajaan negeri Terengganu.....???

Friday, December 5, 2008

Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua yang mengenali kami

Karnival Bola Asean Dubai

Dubai, UAE Kejohanan bolasepak 5 sebelah anjuran bersama SMG dan myUAE PRO edisi kedua yang menampilkan penyertaan terbesar kali ini menyaksikan beberapa pasukan Malaysia beraksi cemerlang.

Dengan 14 pasukan Malaysia yang mengambil bahagian, kesemua kategori menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri dalam tiga pasukan terbaik.

Pasukan MCO (Malaysian Counsel General Office) menjuarai kategori Bowl (Liga Dua), menewaskan satu lagi pasukan Malaysia, IJM B dalam perlawanan akhir.

Dalam kategori Plate (Liga Satu), LCL menduduki tempat ketiga, d belakang dua pasukan Indonesia (Indonesia A dan D).

Emirates United mengekalkan kejuaraan mereka apabila menewaskan sebuah lagi pasukan Emirates (Emirates Sercurities) dalam perlawanan akhir kategori Premier (Liga Perdana). Pasukan Malaysia, KAB berjaya menduduki tempat ketiga.

myUAE-PRO A pula menundukkan Hitachi Singapura bagi merangkul tempat ketiga kategori Veteran. Singapura SMG menjuarai kategori ini.

Kategori bawah 12 tahun pula, Malaysia A meraih tempat ketiga. Cambridge International menewaskan Singapore Cubs untuk bergelar juara kategori bawah 12




Malaysia yang menjuarai kategori Captain's Ball (Wanita) tahun lalu bagaimanapun bergelar naib juara pada edisi tahun ini. Singapura merampas kejuaraan kali ini.



Jurucakap jawatankuasa penganjur berkata edisi tahun ini menyaksikan penyertaan dari pelbagai warganegara dengan mengambil semangat Dubai yang menjadi "tuan rumah" kepada lebih dari 165 warga dunia. Tahun ini juga menyaksikan sedikit kelainan dengan menyediakan tapak gerai dan cabutan bertuah bagi menambah suasana acara buat seisi keluarga.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap pihak yang menjayakan edisi kedua kejohanan - pihak penaja, pasukan yang bertanding, penyokong, sukarelawan, pejabat Konsul Besar Malaysia dan Singapura, tak ketinggalan ahli dan exco myUAE PRO dan SMG.

Cg Konsul Besar Malaysia, Syed Mohd Hasrin (gambar sebelah) dan Konsul Besar Singapura, Dilip Nair turut hadir bagi memeriahkan kejohanan tahunan yang berlansung di kelab bolasepak Dubai, Al Ahli.

Di petik daripada MyUAEPro Times

Monday, December 1, 2008

Gawat Di Teluk - Ujian dari Allah SWT


Krisis kewangan di Dubai makin meruncing dari hari ke hari. Semalam saya dapat tahu hampir 1000 orang expatriat di Dubai telah mendapat notis perberhentian kerja, dan antaranya 30 orang kawan2 Malaysian yang sama2 mencari rezeki di sini disebabkan banyak projek2 yang telah tertangguh dan dibekukan. Kebanyakan mereka dari syarikat2 pembangunan hartanah yang amat gah sebelum ini.


Palm Jumeirah


The World

Dua hari lepas, company developer terbesar di dunia, iaitu Nakheel, tuan punya pulau2 buatan manusia berbentuk pokok palma yang terdiri dari palm Diera, palm Jumierah ,palm Jebel Ali serta Kepulauan The World, telah memberhentikan 500 orang pekerja mereka. Semua pekerja terkejut dan menangis...ada juga yang kena heart attack dan terus pengsan. Cerita lanjut di sini dan di sini. Mungkin mereka semua tak pernah membayangkan kehidupan yang serba mewah di Dubai sebelum ini akan berakhir sekelip mata. Developer2 besar lain seperti Damac dan Omniyat juga telah memberhentikan pekerja mereka berikutan banyak projek yang bertitle 'hold'. Dengar2 juga sebuah syarikat perunding senibina dari Malaysia telah mula memberhentikan pekerja2 nya seramai 50 orang.

Dengan keadaan kos sara hidup yang amat tinggi di Dubai ni, memang boleh sakit jantung, kalau tiba2 dapat notis perberhentian kerja...bayangkan macam mana nak bayar kereta, makan minum, sekolah anak2 dan perbelanjaan harian....semua ni mencecah puluhan ribu tiap2 bulan.... Kereta yang dibeli tidak boleh dijual sehingga hutang bank langsai......tuan punya kereta harus menggunakan duit simpanan untuk melangsaikan hutang bank dan barulah kereta itu boleh ditukar nama......jika pekerja2 yang diberhentikan ingin pulang ke negara asal mereka, hutang bank perlu dijelaskan....kalau tidak residen visa tak boleh di batalkan...

Di sebalik kisah perberhentian kerja, minggu lepas telah diadakan pembukaan besar besaran hotel Atlantis di palm Jumierah. Atlantis merupakan hotel termewah di dunia...ramai bintang2 Hollywood yang di undang untuk menjayakannya...antaranya Oprah dan Kylie Minogue . Mereka ini telah dibayar untuk datang ke Dubai dan melambai-lambai tangan kepada peminat....khabarnya parti untuk pembukaan Atlantis sahaja menelan belanja USD 20 million. Dalam keadaan ekonomi merudum pun pak-pak Arab ni masih boleh berpesta dengan pembaziran dollar serta sikap yang mengagung-agungkan mat salleh. Yang jadi mangsa adalah expatriat2 dari negara Asia terutamanya Filifina dan India yang menyara keluarga di negara masing2 dari hasil titik peluh bekerja di Dubai.








Atlantis Grand opening Video

Syarikat tempat saya bekerja tidak menunjukkan sebarang masalah buat masa ni, dari laporan kewangan syarikat keuntungan setengah tahun sehingga September 2008 telah meninggat 20% dari tahun lepas. 80% keuntungan datang dari projek Timur Tengah. Tapi itu semua bukan jaminan kepada kami sebab mengikut penganalisis ekonomi, krisis ini akan bertambah teruk menjelang tahun depan. Apa pun semua terserah pada rezeki masing2 dan segala yang berlaku ada hikmahnya....setelah sekian lama kita diberi nikmat sampai masanya tuhan ingin menguji kita. Kepada rakan2 yang diberhentikan kerja, ingatlah ujian tuhan datang dalam pelbagai bentuk dan kita sebagai hambanya harus sabar serta jangan putus asa...Insha Allah semuanya akan kembali seperti sediakala.

Monday, October 27, 2008

Sehari di Abu Dhabi

Jumaat minggu lepas kami dan seorang kawan, Cipul telah berkunjung ke Abu Dhabi rumah Azwan seorang pilot Etihad Airways. Cipul dan Azwan ni member masa kat MRSM Jasin dulu. Cipul baru 3 bulan kat Dubai ni kerja kat company Malaysia, TAK Consultant, Azwan dah nak masuk 3 tahun kat Abu Dhabi. Ini merupakan kali pertama kami ke Abu Dhabi. Disebabkan mood raya masih ada....kiranya kami ni pergi berayalah. Disebabkan kedua2 kami tak de kereta, kami ke sana dengan menaiki teksi...tambangnya 200 dirham untuk satu teksi, kami naik berempat dengan sorang pasengger lain. Bertolak dalam pukul 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan melalui Sheikh Zayed Road, kiri kanan terdapat banyak bangunan mencakar langit. Salah satunya bangunan Al Burj yang bakal menjadi tallest building in the world. Jugak melalui Jumeirah Lake Town dan Dubai Marina.Ada jugak gambar yang sempat di rakam dalam teksi.


Sheikh Zayed Road Dubai



Al Burj bakal mencipta rekod (under construction)


Jumeirah Lake Town Dubai


Dubai Marina

Sampai Abu Dhabi dalam pukul 10.30 pagi. Azwan datang jemput dan bawak kami breakfast kat restoran India, sempat pekena tosai dan teh tarik (orang sini panggil chai). Lepas tu kami ke apartment Azwan. Tengahari Azwan bawak pergi sembahyang Jumaat di masjid yang khutbahnya dalam bahasa Inggeris (setelah 5 bulan dengar khutbah Arab). Lepas sembahyang Azwan kenalkan kami dengan member2 Malaysian di Abu Dhabi, ramai jugak terutamanya pilot Etihad. Sebelah petang Azwan bawak kami ke open house raya kawannya. Ada dua buah rumah, meriahnya sama macam di Malaysia. Ada nasi dagang, satay, soto etc. Kat open house jugak kami berkenalan dengan Malaysian yang lain. Memandangkan dah masuk waktu maghrib kami tak sempat untuk explore Abu Dhabi, mungkin pada kunjungan yang akan datang. Lepas balik apartment untuk solat maghrib, malamnya Azwan telah menghantar kami bertiga pulang ke Dubai...terima kasih kepada Azwan suami isteri di atas layanan yang amat istimewa.....

Abu Dhabi dari apartment Azwan



Thursday, October 23, 2008

Naif Street



Gambar pintu masuk dan depan kedai Phulwani


Dua minggu lepas mem ke Naif Street dengan geng dia Anis (mem sekarang dah ramai geng kat Dubai ni, so saya tak payah pegilah)....dia orang ke kedai Phulwani. Phulwani ni amat terkenal di kalangan Malaysian kat sini, terutama stewardess2.....kalau ada Malaysian yang datang ke Dubai ni pun, memang tak sah kalau tak berkunjung ke sini untuk memborong. Phulwani ni kedai Indian dari India yang menjual kain ela dan tudung,ala2 masjid india, disini juga kita boleh menempah baju melayu, kurung ataupun kebaya....mereka amat familiar dengan fesyen2 baju di Malaysia. Kat pintu masuk kedai pun dah terpampang gambar Erra Fazira.Pelbagai majalah Malaysia boleh didapati di sini....Jelita, Wanita, Perempuan dan sebagainya....dan jangan terkejut kerana mereka fasih berbahasa melayu...




Koleksi kain2 ela dan sutera dalam Phulwani

Kat Naif ni jugak ada kedai menjual arbaya (jubah arab untuk perempuan). Pelbagai jenis dan design abaya yg boleh didapati di sini.....memang meriah, kalau nak tempah pun boleh jugak. Mem pun angkat satu arbaya.....sure ala2 minah arab nanti...

Kedai Arbaya



Koleksi arbaya2 yang di pamerkan

Sunday, October 19, 2008

Cerita Basi...DOHA

Semua dah tahu kan saya tukar company , jadi kami berdua kenalah cancel visa.....mem cancel pada 11hb sept dan saya pada 22hb sept. Selepas cancel visa kami hanya boleh berada di UAE selama 1 bulan saja. Pada 6 okt, saya pergi ke bahagian pentadbiran Atkins bertanyakan masalah kami.....pendek cerita, mem kena pegi ke Doha, Qatar untuk renew visa.....call mem untuk persetujuannya.....2 3 minit berbincang mem buat keputusan untuk pergi.....dan terus ke kaunter Dnata (Atkins in-house travel agent) untuk mengambil tiket (tiket company yg bayar...tapi rase cuak jugak mem pegi sorang2). Sampai kerumah terus bagi tiket pada mem.....berlepas dari Dubai jam 10.15 pm dan sampai ke Doha 11.15pm 9hb Oct.......dan pulang ke Dubai, flight dari Doha jam 12.15am, sampai Dubai 01.15am 10 Oct......ini bermakna mem hanya ada masa 1 jam sahaja untuk berurusan di kaunter imegrasen Doha, dan berkejar untuk check in balik ke Dubai....parah ni...(dah la bini aku tak pernah ke sana)



Esoknya mem telah mencari beberapa maklumat mengenai Doha.....untuk masuk ke Doha mem perlu membayar dalam AED100 di kaunter imegresen.....bayarannya diterima hanya menggunakan visa, mastercard dan e-cash.......masalahnya sekarang seumur hidup mem, dia tak pernah ada kredit card (pasal kredit card ni malas dah nak cakap....dah berbuih mulut suruh mem buat atau guna supplementary tapi dia tak nak.....mem memang tak suka pakai kad kredit, saya punya pun tak boleh lebih dari 3 bank je). Yelah bukan pakai untuk shopping pun.....pakai masa2 kecemasan macam ni la....mem dah mula cuak....dari riak wajahnya saya tahu dia risau.......bagi mem idea untuk guna kad saya .....dan mem mesti practice meniru tandatangan .....tiru punya tiru....ada la gaya tandatangan saya......tapi tak sama sepenuhnya......tapi sebenarnya kami risau jugak kalau2 pihak imegresen Qatar tak percaya kad tu milik suami mem. ....kan kalau dia kata mem curi kad kredit ........lagilah haru biru. Saya plak tak boleh keluar dari UAE sebab passport ada ngan company (dalam proses buat resident visa). Tak pasal2 mem masuk lokap.....sapa nak tolong bini aku weeeiii...

Fikir punya fikir.......kami tukar ke plan B (saya pun tak nak mem pi sorang2).......call baba untuk pergi ke Oman (baba ni arab morocco....kami dah biasa berurusan ngan beliau). Malam tu jugak 8hb okt kami ke Oman pada jam 7 malam dan sampai ke rumah pada jam 11 malam. Sebenarnya saya tak boleh keluar sebab tak da passport.....tapi tak tahula baba cakap apa ngan pegawai kat border....beliau lepaskan (arab sama arab ni senang berbincang dalam bahasa mereka).....so, selesai masalah kami.......Alhamdulillah..


Saturday, October 18, 2008

Cerita Raya

ni cerita lama dah ni...tapi tak pelah, nak masukkan juga.....'cerita raya'....kami kat sini raya awal 1 hari dari Malaysia iaitu pada hari selasa bersamaan 30 sept. Macam biasalah pergi sembahyang terawih, sampai masjid baru ada pengumuman besok raya...terus cal mem kat umah. Malam raya tu pulak mem migrin sampai muntah2. I cakap tak payah lah masak apa2...tapi dia degil. Katanya dah lah kita tak balik raya....juadah raya pun tak buat, lagilah 'bengkak' hati. I mengiakan saja sebab I pun setuju ngan kata2nya. Lagipun I nak mem sibuk pada malam tu...agar dia tak terlalu sedih (utk pengetahuan family kat cabang tiga.... ramadhan 25, along dah start nangis...katanya dia nangis puas2....nanti bila ari raya bercakap ngan ayah, mak, tok atau family semua...dia dah tak mahu nangis lagi).....dan pada malam raya mem betul2 dapat control herself....dia tak nangis.....I pun tak caye....tapi itulah hakikatnya......:) heheheheh.....

Berbalik cerita juadah raya, lepas makan ubat dan rehat selama 1 jam......mem mula memasak di dapur. I pun tolong jugak la....mujur la kami dah siap2 beli barang di carrefour Diera pada hari sabtu....malam tu mem telah menyediakan gulai kambing, rendang ayam, kuah kacang dan nasi himpit. I masuk tidur kol 12 mlm, mem tidur kol 2 pagi....kol 5 pagi mem dah bangun untuk memasak nasi minyak.....plan kami nak ajak kawan2 makan selepas solat Aidilfitri...tetapi kerana keadaan tidak mengizinkan, kami hanya menghantar juadah ke rumah kawan2. Seawal jam 6.15 pagi I dah menelefon kawan2 untuk turun ke lobby apartment masing2 untuk mengambil juadah....jam 6.45 pagi dah bersedia untuk solat sunat Aidilfitri.

Balik dari sembahyang raya, ingatkan nak lepak2 je sambil tengok movie....yulis dan suami call ajak pergi beraya kat umah budak2 bujang di Rolla Street (bujang kat dubai je....kat msia dah ada anak bini pun). Meriah pulak diaorang ni wlaupun duk bujang....macam2 juadah ada...rendang, soto, sambal daging, sambal sotong, nasi himpit, kuah kacang, biskut raya dan banyak lagi.....kalah kami yang berkeluarga ni. Balik dari rumah diaorang kami beraya kat umah Anis dan Zai (kawan sosial mem). Malam pulak kami beraya kat umah Laila dan Amin, sempat lagi tengok filem madu 3 sampai habis.....sampai umah kol 11 malam. Habislah raya pertama kami di Dubai.

gambar raya ???
Memandangkan camera tertinggal.....jadi tiadalah gambar raya untuk tahun ni.

Saturday, September 27, 2008

Syawal Bakal Menjelma

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه



Sempena Lebaran yg bakal muncul beberapa hari lagi..di sini kami mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf tulus dari hati di atas segala kesilapan kami samada secara sedar atau tidak.....adalah kami insan biasa sering saja membuat khilaf.

Kepada keluarga di Kuala Terengganu, tahun ini kami tidak dapat pulang berhariraya di kampung, tetapi insha'allah, pada tahun2 akan datang kami tidak akan ketinggalan untuk pulang beraya.

Selamat hari raya Aidil fitri Maaf zahir dan batin....





Saturday, September 20, 2008

Malaysian teenager's Quran recitation wins hearts

By Siham Al Najami, Staff Reporter Gulfnews

Published: September 19, 2008, 23:43

Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid from Malaysia is felicitated after being adjudged the winnerof the Quran recitation contest at the Dubai International Holy Quran Award.

Dubai: The young Malaysian participant who was eventually declared the winner of the recitation event at the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) event had the jam-packed audience in a thrall.

The contest began at midnight on Thursday after the conclusion of programmes associated with the event. The prizes will be announced on Saturday at 9.30pm in the presence of His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, at the Cultural and Scientific Association.

There were seven participants in all who vied for the top three prizes. A Turkish contestant and a Kuwaiti participant were adjudged second and third respectively in the recitation event.

Showcasing talent

Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid's performance moved some members of the audience to tears.

His recitation of verses from Surat Ar-Rahman (The Beneficent, The Mercy Giving) of the Quran during the stage of the competition when each participant was given seven minutes to showcase his talent went down especially well with those assembled.

The other contestants in the fray were from Yemen, Mauritania, Libya, and Somalia.

Speaking to Gulf News, other participants at the event recalled how they had pursued their Quran studies. Senoussi Daoud from Chad said he had memorised the Quran along with his three siblings in a Khalwa, a traditional mosque school in Africa.

The 20-year-old is a high school student at a public school that imparts the Saudi curriculum.

"Memorising the Quran is part of one's cultural upbringing in Chad. Most people in my hometown memorise the Quran," said Daoud.

Solidarity

He told Gulf News the Khalwa also served as key centres of education for those wanting to learn the Arabic language.

"Everyone in the Khalwa shares equally what is available. The values and the experiences of the Khalwa help to forge a solidarity among its members which lasts for a lifetime," said Senoussi.

Ahmedou Salem Taleb, a 21-year-old participant from Mauritania, said students used a lawlah, a small wooden tablet, to take notes while memorising the Quran back in his home country and generally across North Africa.

Students would then repeat what they memorised around 300 times-using the Misbah (counting beads), he said.







Dari Dapur Regency - Part 3

Sedar tak sedar, dah tiga minggu pun berpuasa kat sini....cepatnya masa berlalu....





Versi Pink






Jiran apartment sebelah, Zarina yang bagi




Mem demam, order pizza je




Bawal 3 Rasa








Jala ni baru, belum carik