Monday, October 27, 2008

Sehari di Abu Dhabi

Jumaat minggu lepas kami dan seorang kawan, Cipul telah berkunjung ke Abu Dhabi rumah Azwan seorang pilot Etihad Airways. Cipul dan Azwan ni member masa kat MRSM Jasin dulu. Cipul baru 3 bulan kat Dubai ni kerja kat company Malaysia, TAK Consultant, Azwan dah nak masuk 3 tahun kat Abu Dhabi. Ini merupakan kali pertama kami ke Abu Dhabi. Disebabkan mood raya masih ada....kiranya kami ni pergi berayalah. Disebabkan kedua2 kami tak de kereta, kami ke sana dengan menaiki teksi...tambangnya 200 dirham untuk satu teksi, kami naik berempat dengan sorang pasengger lain. Bertolak dalam pukul 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan melalui Sheikh Zayed Road, kiri kanan terdapat banyak bangunan mencakar langit. Salah satunya bangunan Al Burj yang bakal menjadi tallest building in the world. Jugak melalui Jumeirah Lake Town dan Dubai Marina.Ada jugak gambar yang sempat di rakam dalam teksi.


Sheikh Zayed Road Dubai



Al Burj bakal mencipta rekod (under construction)


Jumeirah Lake Town Dubai


Dubai Marina

Sampai Abu Dhabi dalam pukul 10.30 pagi. Azwan datang jemput dan bawak kami breakfast kat restoran India, sempat pekena tosai dan teh tarik (orang sini panggil chai). Lepas tu kami ke apartment Azwan. Tengahari Azwan bawak pergi sembahyang Jumaat di masjid yang khutbahnya dalam bahasa Inggeris (setelah 5 bulan dengar khutbah Arab). Lepas sembahyang Azwan kenalkan kami dengan member2 Malaysian di Abu Dhabi, ramai jugak terutamanya pilot Etihad. Sebelah petang Azwan bawak kami ke open house raya kawannya. Ada dua buah rumah, meriahnya sama macam di Malaysia. Ada nasi dagang, satay, soto etc. Kat open house jugak kami berkenalan dengan Malaysian yang lain. Memandangkan dah masuk waktu maghrib kami tak sempat untuk explore Abu Dhabi, mungkin pada kunjungan yang akan datang. Lepas balik apartment untuk solat maghrib, malamnya Azwan telah menghantar kami bertiga pulang ke Dubai...terima kasih kepada Azwan suami isteri di atas layanan yang amat istimewa.....

Abu Dhabi dari apartment Azwan



No comments: