Thursday, October 23, 2008

Naif Street



Gambar pintu masuk dan depan kedai Phulwani


Dua minggu lepas mem ke Naif Street dengan geng dia Anis (mem sekarang dah ramai geng kat Dubai ni, so saya tak payah pegilah)....dia orang ke kedai Phulwani. Phulwani ni amat terkenal di kalangan Malaysian kat sini, terutama stewardess2.....kalau ada Malaysian yang datang ke Dubai ni pun, memang tak sah kalau tak berkunjung ke sini untuk memborong. Phulwani ni kedai Indian dari India yang menjual kain ela dan tudung,ala2 masjid india, disini juga kita boleh menempah baju melayu, kurung ataupun kebaya....mereka amat familiar dengan fesyen2 baju di Malaysia. Kat pintu masuk kedai pun dah terpampang gambar Erra Fazira.Pelbagai majalah Malaysia boleh didapati di sini....Jelita, Wanita, Perempuan dan sebagainya....dan jangan terkejut kerana mereka fasih berbahasa melayu...




Koleksi kain2 ela dan sutera dalam Phulwani

Kat Naif ni jugak ada kedai menjual arbaya (jubah arab untuk perempuan). Pelbagai jenis dan design abaya yg boleh didapati di sini.....memang meriah, kalau nak tempah pun boleh jugak. Mem pun angkat satu arbaya.....sure ala2 minah arab nanti...

Kedai Arbaya



Koleksi arbaya2 yang di pamerkan

No comments: