Dubai, UAE Kejohanan bolasepak 5 sebelah anjuran bersama SMG dan myUAE PRO edisi kedua yang menampilkan penyertaan terbesar kali ini menyaksikan beberapa pasukan Malaysia beraksi cemerlang.
Dengan 14 pasukan Malaysia yang mengambil bahagian, kesemua kategori menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri dalam tiga pasukan terbaik.
myUAE-PRO A pula menundukkan Hitachi Singapura bagi merangkul tempat ketiga kategori Veteran. Singapura SMG menjuarai kategori ini.
Kategori bawah 12 tahun pula, Malaysia A meraih tempat ketiga. Cambridge International menewaskan Singapore Cubs untuk bergelar juara kategori bawah 12
Malaysia yang menjuarai kategori Captain's Ball (Wanita) tahun lalu bagaimanapun bergelar naib juara pada edisi tahun ini. Singapura merampas kejuaraan kali ini.Jurucakap jawatankuasa penganjur berkata edisi tahun ini menyaksikan penyertaan dari pelbagai warganegara dengan mengambil semangat Dubai yang menjadi "tuan rumah" kepada lebih dari 165 warga dunia. Tahun ini juga menyaksikan sedikit kelainan dengan menyediakan tapak gerai dan cabutan bertuah bagi menambah suasana acara buat seisi keluarga.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada setiap pihak yang menjayakan edisi kedua kejohanan - pihak penaja, pasukan yang bertanding, penyokong, sukarelawan, pejabat Konsul Besar Malaysia dan Singapura, tak ketinggalan ahli dan exco myUAE PRO dan SMG.
Di petik daripada MyUAEPro Times


No comments:
Post a Comment