Friday, September 5, 2008

Ramadan Di Rantau


Tahun ni kami berpuasa dan beraya di bumi Dubai lah nampaknya. Walau di mana berada puasa tetap sama cuma suasana yang berbeza.Bila bercerita pasal puasa….mesti terbayang makanan2 yang pelbagai jenis di bazar Ramadhan di Malaysia. Kami selalu pergi ke bazarRamadhan Taman Sri Serdang dan Taman Pinggiran Putra. Suasana memang meriah…..tapi semua tu tiada di bumi gersang ni. Oleh itu, untuk mengurangkan kerinduan tersebut,sayang bercadang untuk memasak lauk pauk dan kueh mueh yang kami teringin makan. Antara wish list kami…
  • sotong sumbat dan kerutup ayam bondaku….
  • laksa kuah masak bonda mertuaku, ikan bakar…..(kuah ikan bakar resepi bonda mertua memang best).
  • sayur lemak jambu golok campur sotong…( susah nak jumpa jambu golok kat padang pasir ni )
  • lompat tikang, sata
  • Kek lapis sayangku
  • Agar agar santan (resepi che da)
dan tak lupa air tebu…….kalau nak listkan semua memang banyak, tapi tak tahulah projek masakan di atas blh dilaksanakan atau tak sebab byk bahan2 yang tak da kat Dubai ni, kalau adapun….tak sama dengan kat Malaysia.



Gambar Hiasan Jer

Untuk peringatan kpd diri sdiri dan semua. Makan makan jugak…..yang utama pada bulan mulia ni adalah menunaikan ibadah puasa dan solat sunat terawikh…..serta kurangkan pembaziran…..semoga ibadah kita di terima Allah S.W.T. Insha Allah.

No comments: